Mutiara Naga
Mutiara Naga

Mutiara Naga

Dragon Ball (ドラゴンボール Doragon Bōru, dikenali dengan nama Mutiara Naga di Malaysia) ialah sebuah manga hasil karya Akira Toriyama. Siri ini bermula di Majalah Shōnen Jump Mingguan bermula 3 Disember 1984 sehingga 5 Jun 1995, dengan bab-bab tersendiri diterbitkan dalam jilid tankōbon oleh syarikat Shueisha sebanyak 42 buah jilid. Siri anime adaptasinya selama dua musim dihasilkan oleh Toei Animation dan ditayangkan di Fuji TV. Siri pertama telah menayangkan 153 buah episod siri televisyen bermula pada 26 Februari 1986 sehingga 12 April 1989. Siri kedua bertajuk Dragon Ball Z telah menayangkan 291 buah episod bermula pada 26 April 1989 sehingga 31 Januari 1996. Musim tambahan hasil karya Toei iaitu Dragon Ball GT telah menayangkan 64 episod bermula pada 7 Februari 1996 sehingga 19 November 1997. Siri Dragon Ball Z ditayangkan semula menggunakan format video skrin lebar berdefinisi tinggi (HD) tetapi menggunakan tajuk berbeza iaitu Dragon Ball Kai sempena ulangtahun Dragon Ball Z ke-20. Siri terbaru bertajuk Dragon Ball Super telah mula ditayangkan pada 20 Jun 2015 sehingga kini.Siri ini mengisahkan kehidupan Son Goku, seorang budak berekor monyet dari saatnya kecil hinggalah dia mencapai umur dewasa dan mendapat anak serta cucu. Dia mendapat banyak rintangan namun akhirnya menjadi pendekar yang terkuat di seluruh angkasa.

Mutiara Naga

Penyiaran Asal Fuji TV
Dilesenkan oleh Madman Entertainment
Funimation
Manga Entertainment
Skrip/Penulis Takao Koyama
Pengarah Minoru Okazaki
Daisuke Nishio
Ilustrasi Akira Toriyama
Penyiaran Lain Cartoon Network
GMA Network , RPN 9, IBC 13
TF1
RTL II
Italia 1
Cartoon Network, Network Ten
Canal 5
Cartoon Network/CNX/Toonami
SIC
TV 2/TV 9/Astro Ceria
Spacetoon
Penerbit Tokizō Tsuchiya
Kenji Shimizu
Junichi Ishikawa
Jilid 42 (Senarai jilid-jilid)
Pengarang Akira Toriyama
Studio Toei Animation
Episod 153 (Senarai episod)
Majalah Lain Chuang Yi
Conrad Editor
Carlsen Comics
Sangatsu Manga (Publisher)
Glénat
Carlsen Comics
CitiComics, Culturecom
Semic Interprint
Elex Media Komputindo
Star Comics (Italian Publisher)
Comics House Production
Grupo Editorial Vid
Glénat (Studio de Raaf)
Japonica Polonica Fantastica
Planeta deAgostini
Carlsen Comics (Bonnier Carlsen)
Tong Li Comics
NED comics
Gollancz Manga
VIZ Media
Seoul Munhwasa
Majalah Asal Weekly Shōnen Jump
Tarikh tayangan 26 Februari 1986 – 12 April 1989
Demografik Shōnen
Genre Pengembaraan, Aksi, Komedi
Tarikh Pengeluaran 3 Disember 1984 – 5 Jun 1995
Lagu/Muzik Shunsuke Kikuchi